Sunday, August 31, 2008

Kisah 3 Pontianak

Ok, kali ni aku postkan cite lawak tantang makhluk halus lak, tp gangan la takot-takot lak ye, kisah nie hanya untuk huburan semata-mata.

Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok
sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik
semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat
kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari
Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok
tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...

Sunday, August 24, 2008

Sebab solat, boleh balik awal

Cite lawak kali nie masih lagi pasal solat, haa..pasangan yang dah kawin tu mesti senyum-senyum bace cite ni, selamat berhibur..

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

------------------------------------------------------

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?

Boss : Hang apa pasai:

Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

------------------------------------------------------

Pekerja 3: A'kum Boss!

Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?

Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!

Boss: Alasan apa lak ngko nie?

Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah... !Boleh kut boss yer pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat kerja..

------------------------------------------------------

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?

Boss : Naper?

Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah... Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Thursday, August 21, 2008

Pak imam dan kaki lepak...♥

Cerita lawak kali nie pasal kejahilan budak-budak sekarang, mari la kita sama-sama bermuhasabah siri kita melalui cerita lawak ini.

"Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Nama depa ni Ali, Budin & Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan”.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur la ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”.

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii. Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.

He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpana…