Saturday, September 20, 2008

KENAPA??

Tajuk cerita lawak minggu ini ialah "Kenapa?". cite ini sesuai untuk org2 pompuan di bln2 pose nie...oklah, selamat membaca..

Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi
yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah
dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya.

Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang
berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya.
Kenapa??? Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala
hotaknya. Tak mampu diluahkan.

Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih. Hujung kasut
itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak bersalah. Tak
mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.

Rogayah teliti pula seluar slacknya yang menyalut kaki. Takder sleknya!
Koyak kot? Tak mungkin, Rogayah berkira-kira sendiri. Seluar itu baru
dibelinya 2 minggu lepas. Kat Pasaraya Jasko. Kaler pun krim, takderlah
pelik benor ngan orang lain. Lainlah kalau kaler striking ke, pokka dot ke,
peliklah jugak.

Baju... Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik jugakkan ?
Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya
terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata
seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju
takde lengan, mini skrit... Memang tak heran la kalau semua orang
mengerling. Tapi kenapa aku?

Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir Rogayah.
Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang
makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian
berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil
itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih.
Kenapaaaaa.....?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.

"Stesen Tasik Selatan.." Rogayah melepaskan nafas lega mendengar penguguman
dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir Rogayah.
Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak
pernah tangok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.

Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan pelan2 ke
arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang paling awal
sampai opis.
"Morning..." Rogayah menugur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk mengelap
meja. Rogayah terus menuju maja. Kak Kiah memang serius orangnya. Nak
senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.

"Rogayah.." Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah.

Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!

"Rogayah tak puasa ke??"
Tangan kak Kiah menunjukkan ke arah bungkusan teh tarik dan nasi lemak
ditangan rogayah .

Arghhhh... Patutlah!!!!
Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit betul2!!

Hari pertama Ramadhan 1427 akan dikenang Rogayah sampai bila2...

Moral: Kalau tak posa tu cover2 la...org lain senggugut jugak..

Saturday, September 13, 2008

Kayu, Gila dan Otak

DALAM Sebuah kampung , ada TIGA orang adik-beradik. Abang sangat tinggi manakala kurus seperti kayu , oleh itu dia dinamakan "KAYU" . Kedua-dua orang adiknya pula bernama "GILA" dan "OTAK" masing-masing.

Pada suatu hari, Kayu telah hilang. Gila sangat bimbang , dia menelefon ke balai polis untuk membuat laporan. Dia memberitahu polis,

"Hello" polis ya? kayu dekat rumah saya telah hilang. "

Polis menjawap , " Ayob, jika kayu telah hilang, pergi ke hutan potong satu lagi yang barulah ! Awak ni gilakah ?"

Gila Menjawap , " Ya, saya gila ! amacan polis tahu ? "

Polis Berkata " Apa ? awak sendiri yang mengatakan diri awak gila ? awak ada otak ke tidak ? "

Gila menjawap lagi , " Ada, ada, Otak sedang tidur di dalam bilik ! "

"Apa ? " jangan kamu main-main ..nanti saya cari kayu pukul kamu ! " amaran polis dengan marah

" Trimah kasih banyak-banyak, kalau polis dapat cari kayu..apa -apa aje saya sanggup " jawap Gila dengan perasaan lega...

POlis : %#@!&&%%$$#**&~~ lalu meletakkan ganggang
telefon dengan marahnya.

Saturday, September 6, 2008

Udin

ok, kali ni aku nk kongsi dua cerita lawak pasal udin. nape tah dia nie cam pak pandir je huhuu..ape pn, selamat berhibur ya..

*UDIN...OH...UDIN*

TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena
makan sebelum masuk tidur.

Udin: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Udin: @#%^#^????




MASALAH PENDENGARAN

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang
pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual
dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan
sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit
darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,
dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa
jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada
jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan
menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak
3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Wednesday, September 3, 2008

Pak Imam Dengan Mualaf

ok, cerita lawak kali nie masih lagi pasal tok imam, kali nie kisah tok imam dengan mualaflak. selamat berhibur ya..

Kisahnyer bermula begini.. ada la 4 orang muallaf yang baru masuk Islam... Depa nie baru jer belajar bab semayang..kira tau asas jer lah.. Pada suatu hari, ketika mereka sedang sembahyang Isya' berjemaah.. Pak Imam nie jadi Imam la kan.. depa pat orang lagi jadi makmum... Pehtu, dalam depa dok semayang nie... ada la sekor tikus besar lalu depan depa... pehtu.. muallaf pertama berkata" Ehh..Tikus..tikus..besarnya..". Tiba-tiba muallaf yang kedua menegur muallaf pertama,"Waktu Sembahyang tak boleh bercakap, nanti batal sembahyang"... Muallaf ketiga lak marah kat muallaf yang kedua,"habis yang ko tu bercakap..".. dan muallaf terakhir pun berkata," Nasib baik aku tak bercakap".. Tuk Imam yang dok kat depan tu pun tergelak..Kesudahannya, semua orang batal sembahyang...Sekian adanya.....

Sunday, August 31, 2008

Kisah 3 Pontianak

Ok, kali ni aku postkan cite lawak tantang makhluk halus lak, tp gangan la takot-takot lak ye, kisah nie hanya untuk huburan semata-mata.

Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok
sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik
semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat
kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari
Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok
tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...

Sunday, August 24, 2008

Sebab solat, boleh balik awal

Cite lawak kali nie masih lagi pasal solat, haa..pasangan yang dah kawin tu mesti senyum-senyum bace cite ni, selamat berhibur..

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

------------------------------------------------------

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?

Boss : Hang apa pasai:

Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

------------------------------------------------------

Pekerja 3: A'kum Boss!

Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?

Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!

Boss: Alasan apa lak ngko nie?

Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah... !Boleh kut boss yer pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat kerja..

------------------------------------------------------

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?

Boss : Naper?

Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah... Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Thursday, August 21, 2008

Pak imam dan kaki lepak...♥

Cerita lawak kali nie pasal kejahilan budak-budak sekarang, mari la kita sama-sama bermuhasabah siri kita melalui cerita lawak ini.

"Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Nama depa ni Ali, Budin & Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan”.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur la ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”.

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii. Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.

He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpana…